Tuesday, December 27, 2011

SAKIT PERUT RASA NASIK GORENG AWOK .

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Nama Diana Ahmad, saya suka membaca.


Apa-apa perkataan yang saya nampak di depan mata, saya akan baca. Jika subjek utama itu tampak menarik, saya akan teruskan pembacaan saya. Tak kiralah buku akademik ke, bible yang saya jumpa di tempat kerja ke, dr. atkins punya diet ke, ataupun profil peribadi siapa-siapa.


Dalam masa kurang sebulan, saya telah menghabiskan duit saya dengan membeli beberapa buah buku bacaan. Dan baru satu saya habiskan.


Dek kerana tekanan kuliah yang berlambak-lambak, saya akan berasa letih setibanya saya ke rumah. Dan apabila saya membuka sahaja buku yang mahu saya baca itu, saya akan berasa macam nak muntah, betul ni, macam kita baru lepas kenyang makan pulut durian, lepas tu kena menghadap bubur cha cha pulak.


Dan kini, hampir seminggu saya tidak langsung membaca buku di rumah. Sebab kononnya dah kenyang. Betul kata tok senek, saya kena cari hobi baru.
Buku-buku di rumah tu nantilah saya baca. Isinya berat sangat. Memang tak boleh nak dihadam ketika kepala sedang berat.
-----
Kerja saya beberapa minggu kebelakangan ini adalah mengeluarkan buku-buku lama daripada kotak, kemudian mengasingkannya, kemudian mana-mana yang berkenaan akan saya rekodkan ke dalam perpustakaan.


Dan buku-buku itu datangnya dari hak milik persendirian.


dan semalam, ketika kotak kesebelas dibuka, saya nampak kitab berkulit hijau itu.


Sebuah Al-Quran yang dulu-dulu masa kecik-kecik kita (saya dan rakan-rakan sebaya saya) bawa pergi mengaji di rumah ustazah.


Elok sahaja kitab itu disusun dalam kotak itu bersama buku-buku dan majalah-majalah lama yang lain.


Yang mana buku-buku dan majalah-majalah itu terdiri daripada pelbagai kategori-akademik, hiburan, pengetahuan am.






Sedangkan dia sendiri sudah rendahkan taraf kitab itu sedemikian rupa, apatah lagi orang lain yang bukan sealiran dengannya.

No comments:

Post a Comment