Sunday, November 13, 2011

NENEK KATA MACAM NI .....

kita tak perlu untuk appoint seorang wealth advisor untuk jaga kewangan kita.especially bila duit yang kita ada tu tak sampai pun juta biliun ziliun. orang kaya zaman dahulu kala pun kaya sebab kepandaian mereka menjaga harta mereka. tapi takdelah wajibul untuk mereka pergi sekolah inggeris untuk pandai uruskan harta sendiri. asalkan tahu ke mana hala tuju duit itu selepas ini, pastikan balance sentiasa cukup, dan fikirkan tentang anak cucu cicit, memadailah.

my first experience pergi ke hearing harta pusaka adalah tidak menarik langsung. pada asalnya, saya beranggapan yang ia akan berjalan seperti biasa. iyelah. semua yang datang dah tua-tua. takde kepentingan lain, selain menghabisi harta yang ada.

nah. jangan disangka air yang tenang tak ada buaya. kalau dalam cerita omputeh kat tv yang saya penah tengok dulu tu, buaya dia yang zaman batu dulu tu.






oh.dan makcik yang ada dah tak berapa nak sihat fizikal dan mental pun masih berupaya membangkang ketika proses pembahagian pusaka. duniaaa.

-----

percaya atas kebolehan diri sendiri adalah satu nilai yang mengagumkan.
ada sesetengah orang, dia tidak tahu apa kemampuannya. mungkin kerana malu. malu hendak menunjuk di hadapan orang akan kemampuannya.
tapi tak haruslah malu kalau kemampuannya itu mampu menjadi titik kejayaan untuk orang lain.
senang cerita, kalau dia buang sifat malu dia, dan dia buat sesuatu yang sebelum ini tidak pernah dibuat oleh orang lain, dan apa yang dibuatnya itu menjadi titik tolak untuk kemudahan orang lain, kan ke elok tu?

tapi ada pulak yang tak berapa nak tahu malu sikit. dicanang semua kelebihannya pada orang ramai.
mungkin untuk orang tahu yang dia hebat. dan mungkin untuk tutup kekurangannya.
nanti lama-lama, orang naik meluat, macam mana?
-----
kalau tak ada sifat malu, atau kurang sifat malu, susah jugak.
terlalu berani untuk melakukan sesuatu dan tidak malu melakukannya di hadapan orang. pedulikan apa orang nak kata, katanya.
kalau begitu, biarlah berpada. jangan sampai menimbulkan fitnah orang. nanti berlarutan sampai jadi cerita.
-----
sekian nasihat nenek untuk hari ini.iyelah.nenek lah.sebab nasihat orang macam dah berpengalaman sangat kan.



          

No comments:

Post a Comment