Monday, October 10, 2011

RANDOM APE BENDA TAH .

Gendang gendut tali kecapi~~
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
-----
I am sooo in love with her . her . not him . in her . oke ? bodoh ke . aku bukan pengkid oke . haha .

Minggu ini sudah masuk minggu kedua saya menyambung bacaan 'Interview With The Vampire' yang hanya boleh dilakukan ketika saya berada di dalam bas, di depan tv, dan sebelum tidur.

Saya kurang pasti, adakah kerana watak Lestat itu dibawakan oleh Tom Cruise, atau Lestat itu memang satu watak yang mengujakan.

Tapi, semua vampire lelaki mesti kelihatan sangat indah di mata. Hahaha.
Dan dek kerana tak sabar menanti ending novel tersebut, saya berjaya memuat turun filem itu untuk menyaksikan kisahnya.

Oh sebagaimana frust saya menonton da vincci code dan angels & demons setelah menghabiskan novelnya, sebegitulah kecewanya saya menyaksikan filem yang agak sedikit lain daripada novelnya.

Tapi, tak mengapa. No worries.

Maka tadi, macam biasalah, saya mem-wiki 'interview with the vampire', 'anne rice', 'the vampire lestat', 'lestat de lioncourt' dan 'queen of the damned'.

maka terbentanglah fiksyen-fiksyen berkenaan kewujudan vampire, yang dikisahkan bahawa asal-usulnya adalah daripada akasha, queen of egypt, yang mana telah membunuh 2 orang witch yang berhubung dengan amel, a bloodthirsty spirit.

maka rentetan daripada kisah itu, terhasillah vampire, termasuklah edward cullen yang digilai seantero buana. Hohoho.
-----
Saya sangat tertarik untuk mengetahui bagaimana ada drive yang menggerakkan seseorang untuk menghasilkan satu kisah atau fiksyen yang sungguh agung, hinggakan ia menjadi too good to be claimed as a false story.

teringat semasa kecil dulu, bagaimana takutnya saya untuk membuka pintu rumah pada waktu maghrib kerana takutkan 'hantu kum kum'.

Gaya penceritaan yang sungguh halus, dan bahasa yang indah, memang memerangkap seorang pengikut untuk percaya.
Tetapi apakah yang memberikan inspirasi atau daya untuk mewujudkan 'fakta' yang sebegitu rupa.

Sama kisahnya seperti ayah pin dan ajaran-ajaran sesat lain. Minta dijauhkan lah.
-----
Di luar tingkap tadi saya dengar orang bergendang-gendung (?).

Maka dengan semangat kepoh dan ingin tahu, saya mengintai.

Ada sebuah lori berpapan tanda 'peter undertaker service' membawa keranda, diikuti dengan raaaamai orang berbilang bangsa berjalan di tengah panas.

Oh. Ini ke yang dinamakan lori cina mati? Maaflah, di kampung halaman langsung tidak pernah saya lihat upacara sedemikian.
-----
OK lah. Harus cergas. Tata~

No comments:

Post a Comment