Tuesday, October 18, 2011

RAMALAN HUJAN HINGGA KE TENGAH MALAM

assalamualaikum dan salam sejahtera .


rakan pembaca yang budiman.
ada satu perkara yang saya notis tentang diri saya.
iaitu,bentuk penulisan.

jika ada sesuatu yang mahu saya sampaikan kepada seseorang di sini,
saya akan cuba sedaya upaya untuk menulis dengan tidak secara berterus terang.
mungkin saya takut yang si penerima itu,bila dia memahami penulisan saya,
dia akan semakin manjauhi saya.

jika saya gembira,saya akan sangat berterus terang.
sangat terus sehinggakan apa yang berlaku semua saya akan tulis di sini.
namun jika saya penat,saya hanya pendekkan sahaja cerita tersebut,
daripada satu perenggan panjang,kepada hanya satu ayat sahaja.

untuk contoh pertama di atas,contoh2nya boleh dilihat di 
sini, sini dan sini.
untuk contoh yang kedua,oh banyak sungguh.
saya sungguh gembira orangnya.kan?
----- herh . korang percaya tak ?
semalam saya telah berbual dengan seseorang yang sudah lama saya  tak bicara dengannya.
seorang yang pernah saya sukai,dan dia juga akui yang suka saya itu,sama dengan suka dia.
dia sudahpun bertunang,dan akan berkahwin 26 haribulan ni bersamaan dengan raya DEEPAVALI.

mula2 saya dengar,tersentap juga lah.hati siapa yang tak tersentap. dia akan BERKAHWIN DENGAN BESTFRIEND  SAYA . muka saya terus berubah jadi kerang busuk , terkebil2 dan menahan nangis .
tapi sekejap sahaja.lepas tu saya terus gembira dengan apa yang beliau khabarkan sebentar tadi.
betul2 ni sangat gembira.ikhlas saya rasa gembira tentang khabar itu.
kerana dia sudah bersedia untuk menerima tanggunggjawab menjaga keluarga sendiri,dengan usaha sendiri.
oh.tidak ada masalahnya jika seorang lelaki mahu berkahwin lambat,jika dia punya sebab untuk berbuat begitu.
sempat juga dia berpesan kepada saya,yang mana kesimpulannya adalah,jaga diri dan jalani hidup dengan gembira.
-----
masih ada satu peristiwa yang masih setiap hari,sebangunnya saya dari tidur,
dan semasa mata terkebil2 mahu lelap setiap malam,
yang membuatkan saya menyalahkan diri sendiri,
kenapa begitu penakut untuk berkata,
kenapa begitu berbelah bahagi untuk berhenti merasakan begitu,
hish.memang susah mahu bercerita terus.kalau otak masih mahu menidakkan apa yang hati mahu lontarkan.
-----
saya perlukan bantuan.
sebelum saya menjadi paranoia dengan perkara yang hari-hari menuntut jawapan daripada saya itu.
kita masih ada perkara yang belum diselesaikan.harap bantu.saya sudah buntu.

p/s:senyuman di wajah,walaupun nampak ikhlas,tak semestinya hati yang suruh.
ouh yah . sorry girlfriends . saya tak nak balik kampung 26 ni . mahap .








hey buddy ! zip ur #$%^@$ mouth ! please . 

No comments:

Post a Comment