Wednesday, July 6, 2011

SESAT DI OPIS SENDIRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hampir setiap minggu, di wall facebook saya menyaksikan peng'update'an status rakan-rakan yang mendapat panggilan interview sana sini. Paling kerap adalah panggilan interview daripada suruhanjaya perkhidmatan awam.

Dan kadang-kadang, akan ada kawan-kawan saya yang sms/ call/ pm saya, bertanyakan samada saya ada apply dan menerima panggilan interview itu atau tidak.

Dan untuk makluman, setakat ini, dalam semua permohonan yang saya isi di spa, hanya satu sahaja yang tersangkut, iaitu ptd. Tidak pegawai zat makanan (oh, yang dimohon di terengganu itu tidak masuk dalam senarai. jika boleh, saya tidak lagi mahu bermastautin di terengganu), tidak pegawai teknologi makanan, tidak pegawai tadbir.

Ya, satu sahaja, yang mana setakat ini saya masih diizinkan untuk mencuba di peringkat kedua pada disember ini. Dan belum membuat sebarang persiapan lagi. Baca pasal 1 Malaysia pun belum. Sibuk sangat dengan Ahmadinejad dan pre-production adiwira .

Ya, saya akui, saya agak cemburu dan sedikit tertekan kerana ada orang, rezekinya melimpah ruah. Lepas satu, satu panggilan interview yang diterima. Tentulah banyak pengalaman menempuh sesi interview itu. Dan saya, selepas tamat belajar, saya hanya sempat melalui dua interview untuk mencari kerja, tidak termasuk interview-kelam-kabut ketika jobfair yang dijalankan dalam keadaan bising tersebut.
oke , nak dijadikan cerita.. lepas beli lunch semalam aku dengan gagah nye naik liff .. tapi tertekan button 4 ,bukak je liff aku dengan gelabah tgok pintu opis da tuka jadi pintu laluan kebakaran , time tu ade rase nak nanges jgk .. last2 aku tgok tgkt 4 ... haha.. aku g cari tangga then terus la masuk opis .. buat muka x malu..hmm... sib bek xde orang..

Tapi, itu semua kerja Tuhan, kan? Entah-entah, apa yang sudah disalurkan kepada saya lebih banyak daripada orang lain. Saya sahaja yang tidak nampak semua itu.
-----
Oh. Sudah mula pening-pening. Minggu ini menyaksikan saya kembali ke fasa sakit dan memakan ubat. Hujan-panas-hujan-panas juga membuatkan tekak saya berasa kurang selesa. Selera makan juga semakin berkurang.

Oooo..kemain pandai lagi kau cik bulan, nasihat orang lain supaya avoid ubat-ubatan kalau sakit. Try natural remedies la, makan buah dan sayur la. Minum banyak jus buah lah.

Minta maaf ye kawan-kawan. Tapi, kegatalan yang teramat ini banyak mengganggu aktiviti harian saya. Jadi, saya berterima kasih kepada encik tuan doktor kerana memberi saya ubat tahan gatal ni. Rasa berkuranganlah sikit. Takleh nak bayangkan memandu ke tempat kerja di pagi hari dengan keadaan jalan raya yang cacamerba itu dalam keadaan gatal seluruh badan. Seksa okay?
-----
Minggu ini juga menyaksikan semua orang bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman.

Saya tidak balik minggu ini, sekian.

Baru sahaja saya telefon rumah tadi, angah saya juga menasihatkan saya supaya jangan balik. Duduk diam-diam kat wangsamaju tu, katanya.

Jumaat kena g RTM, Sabtu cuti, Ahad cuti. Mood nak balik pun dah takde.

Cik bulan harus diservis. Baru seminggu, kilometer sudah menunjukkan angka 1117. Haruslah menunggu gaji baru akan saya servis. Dan kalau buat appoinment sekarang pun, pasti tiada tempat kosong. Ye lah, semua orang nak balik . Hohoho.
-----


OK lah.
Jaga diri. Jaga makan minum. Jangan main banjir.
Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment