Thursday, July 21, 2011

Once in a blue moon.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ada banyak perkara yang bermain di fikiran saya setiap hari. Namun, tidak semua perkara-perkara itu boleh saya suarakan pada orang lain. Kadang-kala kawan-kawan saya tidak dapat menerima apa yang saya fikirkan.

"Macam-macamlah kau ni,"
"Don't think too much lahhh,"
"Aku tak fahamlah kau ni,"

Oleh itu, dalam kebanyakan masa, saya berkira-kira, apa yang boleh dan tidak boleh saya kongsikan dengan rakan-rakan saya.

Dan satu isu yang saya kira secara umumnya, boleh dibincangkan dengan kawan-kawan sebaya saya adalah, masalah percintaan. Kerana jika dibincangkan dengan semua kawan-kawan saya, masing-masing akan punya perspektif original berlainan, dan mempunyai metod dan resolusi yang berbeza, biarpun terdapat satu dua orang yang menzahirkan wacana mereka, belumpun pernah merasai pengalaman bercinta-cinta monyet, cinta zaman sekolah, cinta remaja atau yang sewaktu dengannya.

Maka, isu cinta sesama manusia berlainan jantina ini adalah satu isu yang bisa memakan masa sehingga sejam jika tidak dihentikan.
-----
Saya mengalami masalah percintaan. Ya, saya adalah dalam fasa so-called 'bercinta' bersama seorang pemuda yang lebih kurang muda dari saya yang saya kenali sejak sem 4 lepas.

Saya sedari, saya amat jarang membincangkan soal ini di blog. Kerana saya rasakan isu bercinta pada usia muda ini adalah amat remeh jika dibandingkan dengan perkara-perkara lain yang selalu saya kongsikan di sini. Ya, maaf. Saya agak sinikal bila tiba soal percintaan.

Sudah banyak kali saya berhadapan dengan masalah yang sama dalam percintaan. Iaitu saya rasakan saya dan yang lagi satu tidak dapat cope antara satu sama lain. Tidak pasti sama ada saya tidak dapat cope dengan dia, ataupun dia tidak dapat cope dengan saya.

Lepas satu, satu perkara yang saya tidak puas hati. Maka saya lontarkan apa yang distract saya.

Dan yang lagi satu, pada kebanyakan masa, jarang membidas atau menjawab persoalan saya.
Dan saya tidak suka itu. Saya tidak suka dimenangkan, walaupun saya betul, ataupun saya salah.
Bagi saya, setiap masalah itu, ada sebab dan penyelesaiannya. Dan setiap masalah kecil, merupakan satu batu loncatan kepada masalah yang lebih besar.

Jadi, jika satu masalah yang diutarakan tidak mencapai penyelesaiannya dan dihentikan sahaja perbincangannya, apakah itu? Satu perbualan ringan untuk mengisi slot perbualan harian?

Dan setiap kali saya berbicara dengan rakan-rakan saya, kerap kali saya dipersalahkan (walau secara indirect), dalam masalah percintaan saya.

"Kau tu, strict sangat,"
"You are too fast. Slow down lah. Jangan terburu-buru sangat,"
"Cuba try untuk cure the situation. Cuba faham apa masalah dia,"

Dan pada kebanyakan masa, saya hampir berputus asa untuk membangkitkan masalah percintaan saya dengan rakan-rakan, kerana saya tahu, saya pasti akan diminta untuk bersabar, bersabar dan bersabar, bawa berbincang, bertenang, dan sebagainya.
Dan kini, pada saya prefer untuk mengisi slot perbualan dengan rakan-rakan berkenaan masalah lain-cari kerja baru, beli kereta, masalah-takde-duit-memanjang, cuti, mengimbau kenangan lalu dan perkara yang sewaktu dengannya.
Dan perbualan-perbualan itu biasanya tidak akan berakhir dengan masalah untuk mencari penyelesaian, kerana ia memang tidak ada penyelesaian.

Dan kini, saya sedang perlahan-lahan menyingkirkan 'masalah-masalah remeh' yang mengganggu tumpuan saya untuk bekerja.

Kepada kawan-kawan saya yang kenal saya yang mungkin terbaca entri ini, andai anda berkecil hati, saya minta maaf. But you know me, memang aku ni sengal sikit kadang-kadang. Haha.

OK. Time to focus.
Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment