Tuesday, July 19, 2011

MASALAH BESAR

S.O.S
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
-----
heyy,pagi2 dah blogging.
semalam saya lunch dengan NAFY ABU BAKAR :) nafy belanja GCB .thanks to him . semalam gila semangat nak g makan . tapi lepas je jejak tanah ..mungkin cuaca panas . mungkin saya tak beberapa sihat . mungkin  saya tengah bengang dan x lalu .saya rasa nak pitam time tu jugak . mood nak ke ampang point terus mati . tapi : saya dah janji dengan adik saya . saya nak lunch dengan dia . so , gagahkan jugak ke ampang point ,tengok muka nafy : teringat nak amik pic tapi asik lupa. tu masalah saya.saya cepat lupa.sampai je MCD. terus mkn n borak2,tapi GCB x habis . balik je jumpa adik . suma benda dalam perut terkelua balik . tangan menggeletar.batuk dah macam orang tua kena sakit TB. xbest . macam nenek tua kena parkinson pun ada .hmm.
suma serba xkena la semalam . nak webcam daham pun tade mood .

tapi ni adalah punca utama .saya malu tau.
This is not the first time.

Saya ada satu masalah.
Masalah pertuturan.
Ini bukan kali pertama.

Masalah saya adalah, saya selalu, tanpa sengaja dan tanpa kerelaan, mispronounced perkataan.

Ini adalah disebabkan oleh saya mahu menyampaikan sesuatu kepada seseorang, tapi dalam otak saya, ada 2 ayat berlainan dibentuk untuk menyampaikan ayat itu.
Dan kemudian bila keluar dari mulut, kedua-dua ayat itu akan bertindan atau berlapis.

Contohnya, pagi tadi di kedai mamak. Saya nak beli suratkhabar.

Adegan 1
Saya: syafik, paper new straits times ke, star ke, ada tak?
Cashier: Cuba tengok kat luar tu.

OK. Ketika ini, secara automatiknya otak saya berkata, 'dah tengok dah kat luar tadi,' 'takde,' 'yang ada cuma paper metro dengan berita harian je' serentak.

jadi ini yang terkeluar dari mulut:

Saya: Dakde. Dah. Paper. Err yang ada metro dengan berita harian je.

Adegan 2

Saya mahu bercerita dengan kawan saya tentang seorang aktor hollywood yang hot.

Dalam otak saya, 'alex tu hot gila' dan 'alex tu charming gila'

Maka,
Saya: 'alex tu hotming gila'.

Ini bukan main-main. And this is not funny.
This has happened a lot of times.

Tadi saya google untuk sebarang speech impairment.

Adalah keluar beberapa hit: Aphasia lah, Dysphonia lah, Tinnitus lah, Dementia lah, Stuttering lah...dan yang paling extreme sekali, Alzheimer Disease.

Saya dah baca satu persatu. OK nak share kat sini tak sempat. Kejap lagi nak keluar.
Tiada satu pun yang kena betul-betul pada bull's eye.

OK. Memang ada yang kena sikit-sikit. Basically dia kata gangguan pada otak yada yada.

Maka, to all readers, if you come across any scientific findings berkaitan masalah saya ni, boleh tak share.

I don't want this to become severe.

Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment