Friday, July 29, 2011

emosi separa normal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Saya pasti, sudah ramai ramai ramai orang yang dah sedia maklum dan sedia diskusi tentang perhimpunan bersih dan juga harimau malaya menentang singapura hari ni ?. Ketika BERSIH  itu, saya juga tahu ia berlaku. Cuma pada hari ini baru tergerak untuk memahami kisah itu. Biasalah, orang slow memang camni. Ambil masa sikit nak tahu perkembangan dunia. Silap-silap nagasaki dan hiroshima kena bom lagi sekali pun, bulan depan baru saya tahu. (hiperbola sekali lagi).



Setelah membaca cerita ini, (well, bukan cerita, tapi artikel), terus-terus tercetus dalam pemikiran saya, soal perkahwinan dan kenduri.



Ye lah. Masa kecil-kecil nak wedding yang di hotel lah bagai. Bila sudah besar ni, saya hanya (jika boleh) mahukan perkahwinan yang mengandungi unsur-unsur wajib sahaja. Tak mahulah salin-salin baju 2/3 kali sehari, duduk berpelamin, berdulang-dulang hantaran the list goes on and on.



Tapi, adakah kerana saya mahu begitu, orang lain akan turutkan kemahuan saya?



Jika nanti, mungkin nanti, saya bertegas tidak mahu berkenduri atau berhantaran, adakah saya bakal dipulaukan atau dicerca-cerca bersama perlabelan saya sebagai seorang wahabbi?



Ops. Maaf. Saya sangat pasti bahawa saya langsung tidak arif dalam soal agama. Jadi, pemikiran dia atas tersebut dicetuskan oleh seorang yang dengkel agama seperti saya. Harap maklum dan minta maaf.



Tidak mahu berkenduri arwah, adakah saya akan dikatakan kedekut?



Membacakan komen yang ditulis di wall post seorang yang saya kagumi, mungkinkah ini yang dikatakan Islam keturunan itu?

-----

Hari ini ialah hari khamis. Esok ialah hari jumaat. Setakat jam 11 pagi ini, masih tiada berita tentang cik bibah vartan lestat de lioncourt saya.



Oh ya. cik bibah vartan lestat de lioncourt adalah berasal daripada famili perodua, bergenus kembara dan berspesies kancil, dengan transmisi automatik (haruslah!) , dan memiliki kulit putih gebu suci murni (sebelum meredah lopak) seperti bayi beruang polar yang baru lahir.



dan untuk lebih mesra lagi, anda bolehlah memanggil beliau cik bibah sahaja. saya tahu nama penuh beliau agak terlampau dan over. hahahaha



itu sahajalah yang saya mampu miliki dengan status hidup, kewangan dan pembiayaan seperti sekarang. Kalau ikutkan hati mahu sahaja saya melangkah masuk ke kedai kereta siong hoe dan merembat mazda3  yang setiap hari memandang saya dengan penuh godaan dari sebalik tirai kaca itu.



Tapi langkah masuk je lah. Lepas tu langkah keluar balik. Mati kena langgar hidup balik pun belum tentu dapat sign agreement beli mazda3 tu.

-----




Pening. Mengantuk. Geli hati. Sakit jiwa. Semua ada.

-----

Perhatian kepada sesiapa yang bermain mafia wars di facebook, jika anda memiliki illegal transaction records, blackmail photos ataupun untraceable cellphone dalam kadar berlebihan, sudilah kiranya mendermakan item-item itu kepada saya. saya mahu menghabiskan kajian saya :)




Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment