Friday, July 29, 2011

emosi separa normal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Saya pasti, sudah ramai ramai ramai orang yang dah sedia maklum dan sedia diskusi tentang perhimpunan bersih dan juga harimau malaya menentang singapura hari ni ?. Ketika BERSIH  itu, saya juga tahu ia berlaku. Cuma pada hari ini baru tergerak untuk memahami kisah itu. Biasalah, orang slow memang camni. Ambil masa sikit nak tahu perkembangan dunia. Silap-silap nagasaki dan hiroshima kena bom lagi sekali pun, bulan depan baru saya tahu. (hiperbola sekali lagi).



Setelah membaca cerita ini, (well, bukan cerita, tapi artikel), terus-terus tercetus dalam pemikiran saya, soal perkahwinan dan kenduri.



Ye lah. Masa kecil-kecil nak wedding yang di hotel lah bagai. Bila sudah besar ni, saya hanya (jika boleh) mahukan perkahwinan yang mengandungi unsur-unsur wajib sahaja. Tak mahulah salin-salin baju 2/3 kali sehari, duduk berpelamin, berdulang-dulang hantaran the list goes on and on.



Tapi, adakah kerana saya mahu begitu, orang lain akan turutkan kemahuan saya?



Jika nanti, mungkin nanti, saya bertegas tidak mahu berkenduri atau berhantaran, adakah saya bakal dipulaukan atau dicerca-cerca bersama perlabelan saya sebagai seorang wahabbi?



Ops. Maaf. Saya sangat pasti bahawa saya langsung tidak arif dalam soal agama. Jadi, pemikiran dia atas tersebut dicetuskan oleh seorang yang dengkel agama seperti saya. Harap maklum dan minta maaf.



Tidak mahu berkenduri arwah, adakah saya akan dikatakan kedekut?



Membacakan komen yang ditulis di wall post seorang yang saya kagumi, mungkinkah ini yang dikatakan Islam keturunan itu?

-----

Hari ini ialah hari khamis. Esok ialah hari jumaat. Setakat jam 11 pagi ini, masih tiada berita tentang cik bibah vartan lestat de lioncourt saya.



Oh ya. cik bibah vartan lestat de lioncourt adalah berasal daripada famili perodua, bergenus kembara dan berspesies kancil, dengan transmisi automatik (haruslah!) , dan memiliki kulit putih gebu suci murni (sebelum meredah lopak) seperti bayi beruang polar yang baru lahir.



dan untuk lebih mesra lagi, anda bolehlah memanggil beliau cik bibah sahaja. saya tahu nama penuh beliau agak terlampau dan over. hahahaha



itu sahajalah yang saya mampu miliki dengan status hidup, kewangan dan pembiayaan seperti sekarang. Kalau ikutkan hati mahu sahaja saya melangkah masuk ke kedai kereta siong hoe dan merembat mazda3  yang setiap hari memandang saya dengan penuh godaan dari sebalik tirai kaca itu.



Tapi langkah masuk je lah. Lepas tu langkah keluar balik. Mati kena langgar hidup balik pun belum tentu dapat sign agreement beli mazda3 tu.

-----




Pening. Mengantuk. Geli hati. Sakit jiwa. Semua ada.

-----

Perhatian kepada sesiapa yang bermain mafia wars di facebook, jika anda memiliki illegal transaction records, blackmail photos ataupun untraceable cellphone dalam kadar berlebihan, sudilah kiranya mendermakan item-item itu kepada saya. saya mahu menghabiskan kajian saya :)




Sekian, wassalam.

Wednesday, July 27, 2011

naked story

that day,i forgot when,ayu and i went to some secondary schools for data collection.we went there on ana's scooter.mmg sakit la weh jalan jejauh nek motor.

we passed through a lot of shops,small shops,i think that's what they call IKS,industri kecil sederhana,or industri kecil sangat.i dunno.

there was this shop,which when i looked at its signboard,shows:perniagaan naked jaya.

what the fish?

i looked again.(we were stopping at cross junction,because the red light was on).

perniagaan naked jaya.
eh bukan.
perniagaan nekad jaya.

hahaa.i think the hot weather made my vision blurrying.

later some thoughts crossed my mind.

what if the signboard maker mistakenly spelling the nekad word with naked word.

1. saya naked untuk meneruskan hidup saya dengan lebih berani dan tabah.
2. perniagaan naked untuk semua sdn . bhd.

well.i think those things will not happen.if it does,maybe orang-orang kampung won't bother.

eg: akram kejuruteraan. mustafa bengkel. ali kedai makan. ini baru manglish.takde pun diorang nak resentence balik signboard diorang tu.ok.membazir.

like i said.orang-orang kampung won't bother,maybe.but outsiders will.

SURAT KHABAR

satu ketika dahulu,saya suka baca surat khabar.
tak kisahlah surat khabar biru ke,hijau ke,merah ke.semua saya baca.
cerita presiden amarika baru saya baca.cerita kapal kena hijack saya baca.
cerita orang tarik beg keluar akademi pantasia saya baca.
even cerita kenaikan harga getah kelapa sawit bijih timah yang tak ada kena mengena pun saya baca.
tak cukup kertas surat khabar,saya baca sokkabar online.
dan juga orang yang lepas baca surat khabar pastu sambung cerita dalam blog.
dan juga berita di yahu dan hotmel.
alaaaa.senang cerita semua saya baca lah.

walaupun masa tu sibuk dihambat masa,melayan kerja toon boom yang banyak x siap .abang talib pun dah warn . tapi saya buat dunno je . saya tetap dengan blog saya. Build character  segala.


la ni,jangankan kertas sokkabar.kalendar pun saya tak tengok.
mujur la bawah hujung kiri kompite ni ada time and date.
kalau tak,time and date tu hanya digunakan bila nak g balik kampung ?

kenapa perlu baca sokkabar?


ada orang memang suka baca sokkabar.menambah ilmu katanya.haaa baguslah.
ada orang, baca sokkabar sebab bila nak berborak ngan orang yang berkepentingan, time tu lah segala ilmu yang dipelajari dari sokkabar sangat berguna. (been there,done that).

you see, dalam thesis writing,(saya rasa lah ) and i have wiki-ed bout that,  sokkabar takdelah seberguna mana.
lagi berguna time magazine yang yahudi punya tu dan juga jurnal-jurnal yang sangat membosankan tu.

ok.ada sesiapa yang tak merasakan baca jurnal itu tak membosankan? hmm....lantak korang lah.

dok usha-usha website halal jakim,lama jugaklah kami tengok senarai restoran dan produk yang dijamin halal.
maklumlah,semenjak dua menjak ni,pendek kata semua makanan jadi tak halal.
dalam malas-tak-malas-nak-layan tu,tersentap jugak lah dalam hati ni.
kalau betul lah semua benda-benda tu tak halal,
agak-agak ada jugak 7-8 ekor babi dimakan suda sepanjang hidup ni.

working in an environment where you're the only muslim (maksud saya,banyak juga muslim tapi saya tengok lebih kepada ala2 holiwud gituhh ann.)and girl there,at such a very young age,
it is very hard to say 'no' .
tapi kalau anda bukan begitu,it's good.very good.

i was weak then,and struggling to timbul tak nak tenggelam.
mana kawan or abang i bawak makan,saya ikut.
ok.bukanlah kawan suruh makan,saya terus makan.

ada one time tu,saya dengar kawan saya bercerita ,dia makan di satu restaurant yang agak famous la.sebab ada talk kat situ.
he had the nerve to see the restaurant manager, alone, and asked whether the food served is halal or not.

'halal halal.semua halal.you do not worry.even the *** also ate here' he replied.
setelah berasa yakin,barulah dia akan ke meja makan,joining the others,while they stared at my friend.
yakin lah.kalau dah pemimpin beragama islam pun makan kat situ,maknanya halal lah kan?

that was then.
as you grew up,you'll have the guts and the brain to say yes and no to things you suppose,is good to you.
it's a matter of choice.

ha.apolaie.bye bye.

Tuesday, July 26, 2011

whining and dining ( sesi memperkukuh bahasa omputih saya )

assalamualaikum dan salam sejahtera.

yes this will sound pathetic, but fesbuk is my life.
it's sad, but it's true.and it's true to soo many people.

i woke up,then i turn to fesbuk.
i'm off to bed,but before that i will turn to fesbuk.
it's not like i'm sharing, or liking, or commenting each time i turn to it.
but i will read every single thing people write on the status feed.
who bought a new phone,who got engaged,who watched what,who listened to who,who likes who,who hates who,and who got into a relationship with who,and the list goes on and on.

it's something moving.i mean,it moves me.emotionally.
by waking up solemnly, they day will be brighten up by reading some inspiring articles shared by some friends.
then the cursing and hating starts when somebody shared some sad or tragic war or murder or tragic news.
then the smile happens.when reading some lovey wall posts,especially those posted by loved ones.
then the sad face emerges.reading multiple status updates shared by the same person, saying how sad or cruel or torturing life (or love,perhaps) is towards him/her.

somehow,the emergence of the sad face does relate to sharing the emotional downturn of the person, but most of the time, the sad face also represents the annoyance of reading the same thing, only in different set of selection of words, of some teenagers pouring him/her heart out, maybe because bertepuk sebelah tangan?

don't get me wrong.been there,done that.
but it's a place where your friends read to know the happenings to their ghettos.
not all people willing to listen to every inch of your whinings.

ok this has turn out to be a whining episode itself.
-----

sakit ke?

pain pain go away

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Suatu ketika dahulu, saya pernah gelak mendengar cerita seorang teman,

tentang seorang kawannya yang menghadap wikipedia setiap hari.

Dan bumi itu bulat. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah.

Dan sekarang saya juga sentiasa memastikan tab wikipedia itu wujud.

Sampaikan mahu memilih di antara mafiya dan vory dalam mafia wars pun, saya akan wiki dahulu, sejarah mafiya dan vory.

Ya. Saya lebih addicted kepada wikipedia, berbanding facebook, ketika entri ini ditulis.
-----
Minggu ini dimulakan dengan mood yang bercampur baur.

Kerja yang melambak lagi dilambakkan.
Berat badan yang mcm tetttt,

Tekanan emosi - result itu ini yang dinanti-nanti tak kunjung tiba.

Tekanan emosi - sesi membuat keputusan yang telah menerima campur tangan orang luar.

Tekanan emosi - tersepit, kepentingan sendiri atau kepentingan bersama.

Perempuan, biasalah. Satu masalah tu bisa dibahagikan kepada beberapa seksyen, bergantung kepada kategori mana dia boleh masuk dalam pendefinisiannya.
-----

-----
OK lah. Tu je lah. Mood semua dah habis lari.tata~

Monday, July 25, 2011

HEHOO----CUTI !

Selamat tengah hari J
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Yeah! Selamat tengah hari !
maaf , saya xnak bercerita perihal saya di terengganu , tp yang pasti , saya seronok di sana , thanks umi , layan saya dengan baik :)


Pagi ini, saya telah mulakan hari dengan bertekan tubi di ruang tamu rumah. (Eh, apa ye tekan tubi dalam english?


OK. saya bukanlah orang yang hari-hari bersenam, walaupun di sudut hati memang sudah lama merancang mahu jogging setiap petang.

sejak sakit-sakit badan duduk depan PC setiap hari (dan mahir guna toon boom), langsung saya tak bersenam. paling kuat pun turun naik tangga, basuh baju, jalan-jalan (masa nak keluar lunch).

OK apa..bakar kalori juga apa..(sedapkan hati).

Maka, apabila bangun dan menyedari bahawa due date is just a few days away, saya mahu mula bersenam hari ini. saya takut fail disebabkan kantoi gemuk .

dengan bersaksikan abby fana di mhi, saya mula bertekan tubi.

OK. 3 kali cukup membuatkan saya penat. Aduyaiiiiiiiiiiiiiiii.macam mana ni yana...
cuba lah dia bagi fitness teraphy main badminton ke, swimming ke, main roller blade ke...ekekekeke.

kali terakhir saya bertekan tubi adalah....err....entah tak ingat bila
-----
Saya ada ramai kawan. Maksud 'kawan' saya di sini adalah, orang yang pernah berbual dengan saya, pernah lepak-lepak minum teh dengan saya, pernah keluar makan atau chat dengan saya, atau pernah sama-sama membincangkan masalah-masalah peribadi dengan saya.

Dan kawan-kawan saya itu bukanlah semuanya ada ijazah.ada diploma. Kawan-kawan saya semuanya manusia, atau lebih tepat lagi orang.

Jadi, kerap kali saya berasa tidak senang apabila ada orang yang mendekati saya, tetapi kerapkali membatalkan niat itu kerana saya 'orang matang'.anda faham maksud saya x ? saya orang yang particurlar dalam segalam macam perkara. Sudah puas saya berkhiyar, bertolak ansur seperti mahu berurus niaga, mengatakan bahawa saya bukanlah orang matang sangat , dan saya berkawan dengan semua orang.

Ya, saya akui. Ada beberapa 'orang pandai dan matang' yang saya kenal, tidak berapa senang berbual dengan 'orang kurang pandai dan  seakan keanak-anakan ' kerana 'susah nak tune'.

Tapi, tak semestinya 'orang matang' ini bijak dan bagus.

Jika berdasarkan kepada definisi 'orang pandai dan matang' dan 'orang kurang pandai' itu, ibu bapa saya merupakan contoh terdekat saya kepada kategori 'orang kurang pandai'. Tetapi saya masih menjadi orang.

Banyak saya belajar daripada kawan-kawan saya yang masuk dalam kategori 'orang kurang pandai' ini tentang kehidupan. Kerana mereka lebih dulu merasakan pengalaman bekerja, berkereta, berhutang, bergaduh, berhibur-luar-batasan, dan banyak lagi.

Malah saya berasa gembira kerana ada kawan lelaki saya yang 'orang kurang pandai' dan suka bersosial di pelbagai tempat, kerapkali menasihati saya supaya tidak terjerumus ke tempat-tempat yang sepatutnya. Dan saya lebih mempercayai dia, kerana dia ada pengalaman itu, dan dia kawan saya, yang saya kenali sejak kecil.

OK. Dan saya juga pasti saya boleh membezakan nasihat yang betul dan nasihat yang err..kurang boleh diterima pakai.

Jadi, kesimpulannya, memang kita kena pandai pilih kawan. Tapi, jangan pilih kawan yang pandai je. Sebab 'orang pandai' ni kadang-kadang kurang bijak jugak. :)
-----
Sekian, wassalam.
Ouh ya ,
Ni yang saya sempat rakam ketika di terenggaanu :


Ni  sesi makan2 di cherating kut . x hengat . tapi maklum la . time tu cam batak ,tu nak , ni nak .. sekali tuhh . x habis pun .,



Ni pun sama , xmampu nak habiskan . tapi sedap ye kawan2 , saya xtipu niyy .
-____- kredit to mamat yang masak makanan sedap2 nihh .

Lebih kurang dalam kul dua A.M lebih kot .. saya sampai ke destinasi dan terus berdengko sampai subuh ,
Pagi tuhh , xde aktiviti yang menarik ,
Tapi petang tuhh , bawak mi jalan2 ke kota bharu mall @ KB MALL . anda tau kan ?
Bawak mi menaiki cik bibah la time tu ,.


Oke . kite makan pizza peberet mi ye kawan2 . xhabes jugak . tettt..
Dan kami jalan2 sampai malam .


Oke yang ni cik bibah . comell kan ?
Tapi nafsu saya membuak2 nak kan latipah , mazda3 . tp hajat x kesampaian lagik .
Lagi pic cik bibah,golf GTI

Kredit to laman umah mi J

Keesokannye pada hari ahad , damia datang rumah ,


Umo die dalam 3 tahun kot , masa die dtg tuhh ,saya x bangun tido lagik ,
Tp terngiang2 suara si kecik tu fasih berdialek ganu berborak dengan mi ,
Mia : tok we ,dok wat gapo tuhh, mai ah, adik nak susu ,
Lebih kurang mcm tu la .
Denga mia oyak molek gitu , mace die sore ade we , J
Berikutnya nya plan kami ke pantai bukit kluang ?
Yup sampai suda ,
Dengan bantuan cik bibah ,



Dalam perjalanan , mia orang paling teruja J

Tengok muka mia , mcm abg yiyi kan ??
Oke, pantai sampai suda ,


Cantik kan ?



Yada.yada .



                              Haha . ni pun sempat saya ambik .

 oe . sekian .terima kasih :)

Thursday, July 21, 2011

APA KES ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Maaf rakan-rakan. Dua tiga jam (dua tiga jam apa,dah seminggu dah) ini saya amat tertekan. Ini betul-betul sibuk, bukan sibuk buat-buat. Kerja yang ada sedia berlambak, kemudian bos tambah kerja baru. Tertekan tau. Tertekan.
-----
Hari ini merupakan hari marah sepanjang siang. Marah, mengantuk, tertekan, bosan, menyampah, semua ada.

Telah saya cuba sedaya upaya untuk tidak mencampur adukkan perkara peribadi dengan kerja. Namun apabila sambungan internet pada hari ini seolah-olah menghasut saya untuk mencarut berkali-kali, tercampur aduk juga. Ya, benteng kesabaran amat tipis sekali hari ini. Segala peringkat percarutan sudah terhambur. Alangkah bagusnya bekerja dalam satu ruang yang tiada manusia lain di sekitarnya.
-----
Saya merupakan seorang yang sangat pantang bila janji yang dibuat kepada saya tidak ditepati. Malanglah nasib orang yang mempunyai emotional attachment dengan saya, dan apabila janji kecil tidak ditepati, menerima balasan sewajarnya. Lebih-lebih lagi janji yang sama diulang-ulang banyak kali, dan banyak kali tidak ditepati. Ini bukan soal apa yang dijanjikan itu remeh, tapi ini soal janji. Janji bukan dibuat main-main. Sedangkan Tuhan sendiri berjanji pada hambanya. Tak percaya? Pergi buka kitab Al-Quran yang (seharusnya) kamu junjung tiap-tiap hari itu. Masih tak percaya?
-----
Maaflah. Memang hari ini sangat emosi.
(mengelupur lah saya,ada orang tu diam jehh)
-----

Tidak pernah saya mahukan orang memanggil saya dengan gelaran yang saya sendiri tidak mempunyai kelayakan untuk menerimanya, tapi hari ini saya dimalukan di hadapan orang disebabkan perkara itu. Perkara kecil dia fikir.


-----
Maaf sekali lagi. Hari ini kurang kuasa untuk menyusun isi yang mahu disampaikan dengan penuh tertib dan tertil.
Sekian, wassalam.

Once in a blue moon.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ada banyak perkara yang bermain di fikiran saya setiap hari. Namun, tidak semua perkara-perkara itu boleh saya suarakan pada orang lain. Kadang-kala kawan-kawan saya tidak dapat menerima apa yang saya fikirkan.

"Macam-macamlah kau ni,"
"Don't think too much lahhh,"
"Aku tak fahamlah kau ni,"

Oleh itu, dalam kebanyakan masa, saya berkira-kira, apa yang boleh dan tidak boleh saya kongsikan dengan rakan-rakan saya.

Dan satu isu yang saya kira secara umumnya, boleh dibincangkan dengan kawan-kawan sebaya saya adalah, masalah percintaan. Kerana jika dibincangkan dengan semua kawan-kawan saya, masing-masing akan punya perspektif original berlainan, dan mempunyai metod dan resolusi yang berbeza, biarpun terdapat satu dua orang yang menzahirkan wacana mereka, belumpun pernah merasai pengalaman bercinta-cinta monyet, cinta zaman sekolah, cinta remaja atau yang sewaktu dengannya.

Maka, isu cinta sesama manusia berlainan jantina ini adalah satu isu yang bisa memakan masa sehingga sejam jika tidak dihentikan.
-----
Saya mengalami masalah percintaan. Ya, saya adalah dalam fasa so-called 'bercinta' bersama seorang pemuda yang lebih kurang muda dari saya yang saya kenali sejak sem 4 lepas.

Saya sedari, saya amat jarang membincangkan soal ini di blog. Kerana saya rasakan isu bercinta pada usia muda ini adalah amat remeh jika dibandingkan dengan perkara-perkara lain yang selalu saya kongsikan di sini. Ya, maaf. Saya agak sinikal bila tiba soal percintaan.

Sudah banyak kali saya berhadapan dengan masalah yang sama dalam percintaan. Iaitu saya rasakan saya dan yang lagi satu tidak dapat cope antara satu sama lain. Tidak pasti sama ada saya tidak dapat cope dengan dia, ataupun dia tidak dapat cope dengan saya.

Lepas satu, satu perkara yang saya tidak puas hati. Maka saya lontarkan apa yang distract saya.

Dan yang lagi satu, pada kebanyakan masa, jarang membidas atau menjawab persoalan saya.
Dan saya tidak suka itu. Saya tidak suka dimenangkan, walaupun saya betul, ataupun saya salah.
Bagi saya, setiap masalah itu, ada sebab dan penyelesaiannya. Dan setiap masalah kecil, merupakan satu batu loncatan kepada masalah yang lebih besar.

Jadi, jika satu masalah yang diutarakan tidak mencapai penyelesaiannya dan dihentikan sahaja perbincangannya, apakah itu? Satu perbualan ringan untuk mengisi slot perbualan harian?

Dan setiap kali saya berbicara dengan rakan-rakan saya, kerap kali saya dipersalahkan (walau secara indirect), dalam masalah percintaan saya.

"Kau tu, strict sangat,"
"You are too fast. Slow down lah. Jangan terburu-buru sangat,"
"Cuba try untuk cure the situation. Cuba faham apa masalah dia,"

Dan pada kebanyakan masa, saya hampir berputus asa untuk membangkitkan masalah percintaan saya dengan rakan-rakan, kerana saya tahu, saya pasti akan diminta untuk bersabar, bersabar dan bersabar, bawa berbincang, bertenang, dan sebagainya.
Dan kini, pada saya prefer untuk mengisi slot perbualan dengan rakan-rakan berkenaan masalah lain-cari kerja baru, beli kereta, masalah-takde-duit-memanjang, cuti, mengimbau kenangan lalu dan perkara yang sewaktu dengannya.
Dan perbualan-perbualan itu biasanya tidak akan berakhir dengan masalah untuk mencari penyelesaian, kerana ia memang tidak ada penyelesaian.

Dan kini, saya sedang perlahan-lahan menyingkirkan 'masalah-masalah remeh' yang mengganggu tumpuan saya untuk bekerja.

Kepada kawan-kawan saya yang kenal saya yang mungkin terbaca entri ini, andai anda berkecil hati, saya minta maaf. But you know me, memang aku ni sengal sikit kadang-kadang. Haha.

OK. Time to focus.
Sekian, wassalam.

Wednesday, July 20, 2011

sharing is caring

heho . tadi bangga dengan nasik lemak sampai lupa nk cerita J
dah masuk bape hari saya jarang skype dengan daham , daham bz buad plan J nanti da siap bole lah webby lagik !!! yeay ! tapi semalam kan , daham bagi lagu cinta mukabuku kat saya , motif ? hehe . xtaw tp saya dengar jelah . mungkin besh kot lagu tuh . nge~
pagi  tadi kaki kena gigit semut jahat masa nak jemur baju.(terus x jadi jemur baju )
sampai sekarang rasa gatalnya.
-----
pagi-pagi dah buka fesbuk.most recent rituals.baca semua updates oleh kawan-kawan.

dan mata saya tersangkut pada satu artikel yang seorang kawan share.
(kalau nak baca sendiri,boleh klik kat
 sini.tapi kalau nak baca sikit-sikit, bawah ni saya share sebarang dua.

kisahnya bermula apabila saudara ni dapat satu soalan daripada seorang saudaranya:


biasalah.dilema remaja-remaja.dilema orang bercinta,tapi belum berkahwin.
merisaukan 'how bad will it go dalam bercinta-cinta ni?'.

yang baru kenal,risaukan takut nanti berpegangan tangan.
yang berpegangan tangan,risaukan nanti bersentuh-sentuhan.
yang bersentuh-sentuhan,risaukan jadi perkara yang tak sepatutnya.

teringat masa saya di convent dulu.
antara perkara yang paling ditakuti untuk students yang 'bercouple' (as they call it that time), adalah public marriage.
maknanya, mana-mana couple yang dah kantoi ni (kantoi maknanya orang dah tau diorang ni two lovebirds la,bukan kantoi tangkap basah ke apa),akan 'dikahwinkan' dalam satu upacara di khalayak ramai, mungkin bertujuan untuk mewujudkan perasaan malu di kalangan mereka ini supaya tak 'couple' lagi dah lepas tu.

masa tu saya berboifren sudah,dengan shahmi .tapi bukanlah dalam sekolah yang sama.
jadi saya tidak merasakan debaran bercinta secara senyap-senyap itu.
dan seingat saya,public marriage itu hanyalah sekadar propa saja.
mungkin untuk menakut-nakutkan students.

mungkin ada orang setuju, mungkin ada orang tidak setuju.
tapi,ada orang kata,budak-budak belasan tahun ni dah tak boleh tegur elok-elok dah.
kena kasi tunjuk kat muka diorang,baru senang diorang faham.

tapi,tegur pun sudah,tunjuk pun sudah.
kenapa 'pengajaran' itu masih tidak sampai ke hati mereka?
apa yang kurang kat sini?

jadi,bakal-bakal ibu dan bakal-bakal bapa sekalian,
esok-esok bila datang masa anda,cabaran untuk mendidik anak anda mungkin lebih hebat lagi.
camne nak buat tu?

part ni yang paling saya suka sekali baca.
Kamu panggil kamu golongan kebenaran? Mengajak kepada kebaikan? Maka kenapa kamu mencela-cela, menghina-hina, memulaukan mereka yang memerlukan lagi teguran kamu, nasihat kamu, bimbingan kamu?

sangat terkesan di situ.
betapa sebenarnya islam sangat meminta kita kepada berbuat baik.
nak tegur orang yang buat dosa pun kena berbaik-baik.
win-win situation.kan?

but it is still a challenge.
tegur orang lain satu hal.
camane nak tegur anak sendiri kalau anak sendiri dah buat dosa?
dalam nak menahan kemarahan tu,sambil nak tegur anak sendiri tu?

mungkin anak sendiri.mungkin isteri sendiri.mungkin ibu bapa sendiri.
mampu tak nak buat semua tu?



sangat jahil sebenarnya kita ini kan?


ouh yea , daham : miss you !

hey! ni yn versi avatar ye kawan2 , yg real daham sanad cumill keyh !



siapa yang keturunan daripada pencipta nasi lemak sila hubungi saya J



pagi tadi saya makan nasi lemak.
saya merasakan bahawa,saya telah merasakan diri saya sedikit bijak daripada biasa
kenapa tau?
sebab saya merasakan bahawa orang yang mencipta nasi lemak ni amatlah bijak orangnya.
hidangan ini sangat terkenal di seantero dunia.
mana2 orang yang berasal dari Malaysia,yang duduk merantau di luar,pasti akan mengakui nasi lemak sebagai identiti Malaysia.
woah.sesi patriotik.
http://farm2.static.flickr.com/1365/1446656890_99386faf80.jpg
gambar nasi lemak yang jelita ini dipinjam tanpa kebenaran dari hungerhunger.blogspot.com/2007_09_01_archive.html

jadi sebab tu saya rasa saya sedikit bijak selepas makan nasi lemak.
tapi kalau nak banyak bijak,
bukan dengan cara banyak makan nasi lemak ye kawan2.
itu banyak cantik nama dia.
nak banyak bijak,
makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran sekurang2nya 5 hidangan setiap hari.
banyak buah-buahan mengandungi anti-oksida,vitamin A & C,serta mineral lain yang membantu melengkapkan pemakanan seimbang anda.
sekian.

CEMBURU

cemburu

saya cemburu sama encik mutalib saya.

cik,kalau somehow cik terbaca entri ni,ini bukan entri tidak puas hati ye.
dan tolong jangan marah saya tau.terima kasih.

encik mutalib tuhh seorang yang tua hanya beberapa tahun dari saya mungkin.
tapi sudah memiliki pekerjaan tetap hasil memerah otak di universiti. Tu mungkin juga .
dan mendapat pekerjaan yang memang ngam sgt2 dengan kelulusan yg diambil.
plus mendapat offer kerja .

jeles tau.tp bukan dengki.
Tetiba kan . saya ingat balik time praktikal kat BTPN IPOH .
-----
saya cuba sedaya upaya untuk menerapkan di minda bahawa latihan industri merupakan satu perkara yang seronok.
memang lah seronok.kalau kau tahu apa nak kena buat.

yang jadi tak seronok ialah
apabila saya hanya duduk atau berdiri melihat orang buat kerja sehingga mengantuk
apabila saya hanya buat kerja apabila disuruh.oh macam ape ntah
cik,saya bukan salahkan cik tau.
cuma saya macam sedikit tak mengerti.adakah saya harus buat kerja ikut suka macam department itu saya yang punya.
ataupun saya hanya duduk di meja itu sambil main tekan2 dan taip2 kemudian tunggi cik panggil saya?

ni pun gara2 semalam saya text daham
sian dia . L.I di JKR . ouh , saya x dapat imagine daham di sana .oke or not . tp i hope daham oke lahh kan .
kena buat task yg die macam x berapa nak tau nak buat . tp it's oke . yang penting ,sungguh2 kan ?
haih.

ha,mengeluhlah yana.mengeluh.ko ni takde keje len ke.
asyik nak comment jek.



note: hafish (ikanku) sudah selamat dikebumikan di dalm tong sampah.waktu kematian: 0924
notenote: entri ini ditulis semalam dan dijadualkan ke ruang blogosfera hari ini.esok kerja lagihh !


babai :)

Tuesday, July 19, 2011

MASALAH BESAR

S.O.S
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
-----
heyy,pagi2 dah blogging.
semalam saya lunch dengan NAFY ABU BAKAR :) nafy belanja GCB .thanks to him . semalam gila semangat nak g makan . tapi lepas je jejak tanah ..mungkin cuaca panas . mungkin saya tak beberapa sihat . mungkin  saya tengah bengang dan x lalu .saya rasa nak pitam time tu jugak . mood nak ke ampang point terus mati . tapi : saya dah janji dengan adik saya . saya nak lunch dengan dia . so , gagahkan jugak ke ampang point ,tengok muka nafy : teringat nak amik pic tapi asik lupa. tu masalah saya.saya cepat lupa.sampai je MCD. terus mkn n borak2,tapi GCB x habis . balik je jumpa adik . suma benda dalam perut terkelua balik . tangan menggeletar.batuk dah macam orang tua kena sakit TB. xbest . macam nenek tua kena parkinson pun ada .hmm.
suma serba xkena la semalam . nak webcam daham pun tade mood .

tapi ni adalah punca utama .saya malu tau.
This is not the first time.

Saya ada satu masalah.
Masalah pertuturan.
Ini bukan kali pertama.

Masalah saya adalah, saya selalu, tanpa sengaja dan tanpa kerelaan, mispronounced perkataan.

Ini adalah disebabkan oleh saya mahu menyampaikan sesuatu kepada seseorang, tapi dalam otak saya, ada 2 ayat berlainan dibentuk untuk menyampaikan ayat itu.
Dan kemudian bila keluar dari mulut, kedua-dua ayat itu akan bertindan atau berlapis.

Contohnya, pagi tadi di kedai mamak. Saya nak beli suratkhabar.

Adegan 1
Saya: syafik, paper new straits times ke, star ke, ada tak?
Cashier: Cuba tengok kat luar tu.

OK. Ketika ini, secara automatiknya otak saya berkata, 'dah tengok dah kat luar tadi,' 'takde,' 'yang ada cuma paper metro dengan berita harian je' serentak.

jadi ini yang terkeluar dari mulut:

Saya: Dakde. Dah. Paper. Err yang ada metro dengan berita harian je.

Adegan 2

Saya mahu bercerita dengan kawan saya tentang seorang aktor hollywood yang hot.

Dalam otak saya, 'alex tu hot gila' dan 'alex tu charming gila'

Maka,
Saya: 'alex tu hotming gila'.

Ini bukan main-main. And this is not funny.
This has happened a lot of times.

Tadi saya google untuk sebarang speech impairment.

Adalah keluar beberapa hit: Aphasia lah, Dysphonia lah, Tinnitus lah, Dementia lah, Stuttering lah...dan yang paling extreme sekali, Alzheimer Disease.

Saya dah baca satu persatu. OK nak share kat sini tak sempat. Kejap lagi nak keluar.
Tiada satu pun yang kena betul-betul pada bull's eye.

OK. Memang ada yang kena sikit-sikit. Basically dia kata gangguan pada otak yada yada.

Maka, to all readers, if you come across any scientific findings berkaitan masalah saya ni, boleh tak share.

I don't want this to become severe.

Sekian, wassalam.

Monday, July 18, 2011

random thoughts #/pemikiran jarang-jarang #


[menarik nafas dan bermain2 dengan jari.harus fikir ayat yang paling sempurna]

kita memang sudah ditulis dijadikan berpasangan.
maka dengan itu,setiap orang yang sudah maklum dengan tulisan itu,terus menjadikan itu sebagai almanac untuk mencari si sehati sejiwa.
dari yang kecil,mahupun yang besar.
yang muda,mahupun yang tua.

jika si anak2 dalam taman asuhan kanak2 sudah mula kenal apa itu boyfriend atau girlfriend,
itu cute.
jika seorang remaja itu sudah sibuk mahu berkenal-kenalan untuk mencari si dia,
itu gatal.atau gelenyar kata sesetengah orang.
jika seorang yang sudah dewasa,dan mahu mencari pasangan,
itu jodoh.
jika seorang yang sudah tua,atau golden age,atau veteran mahu berkahwin untuk mencari teman hidup,
itu bahagia.

~kata orang.

kahwin pada usia awal 20-an,
terlalu muda.
kahwin pada usia pertengahan 20-an,
normal.
kahwin pada usia awal 30-an,
agak lewat.

itulah kata orang.yang kebanyakannya orang yang mempunyai banyak masa untuk memikirkan tentang banyak perkara dalam satu masa.

oh,saya bukan memberontak sebab mahu kahwin.
juga bukan memberontak menentang perhubungan orang.
Nak bercerita la ni , hari ni dan hari sebelum2 ni saya berwebcam dengan izzd’ham . kebetulan daham add fb dan terus menerus jadi rapat .
Who is he ? eh ,, dia orang biasa je . tapi special .
Comel . muka garang tapi suara dia sanad comell gila .
X tipu !!. bila die senyum ann . rasa cam nak tawaf dataran palma 2,3 kali . oppss..,tapi daham bkn boifren . kami rapat .macam pasangan lain tapi kami bukan pasangan kekasih .bila daham texting, besh .. sama macam adik2 saya yg lain texting jgk .daham baik , tapi mungkin faktor umur buat saya lebih hati2 . xnk terjebak dalam cinta yang remeh temeh . orang cakap cinta xkira usia .
Tapi saya ni berkira :
1: saya xnk la buli budak macam daham tu sayangkan saya .
2: kesian daham ,patut kecik lg , xperlu pikir pasal stupito tink ni
3: saya sendiri yg xnk amek risiko . takut xbole lupakan daham nnti . susah oo .mcm tuhh.

So : LEBIH BAIK RAPAT MACAM NI ~
Semalam saya k kepcy . dengan NAFY ABU BAKAR .nak taw ? beliau pemalu dan sanad cumill J kecik je orang nye . saya plan nk g jalan2 tempat lain dengan die lepas nihh . beshh ann J
Ade driver . yada.yada.

Bg saya sgt senang, bercinta , berpisah,berkahwin tu sume kerja Tuhan , jadi usah pusing2,bia dia yg tentukan.sampai seru nanti , ada la, kn ?
you know,sometimes when you sit alone and wonder,you might think of things which do not make sense,or can make people disagree madly at you.
which in the end,you will switch to another topic to think of,and let the thought kill you back later.

i just hope that what happens to micheal scoffield's mind really exist in real life,so i know that i'm normal,and do not suffer from any mental disease.
-----
kadang2 bila berbual dengan seseorang di dalam kereta,akan tiba satu masa di mana saya hanya mendengar suara saya sahaja yang bercakap.
oh,baru saya perasan.
orang tak suka dengar apa yang saya cakapkan.
jadi,harus mengiau bila masuk dalam sangkar kucing kan?






    Webby time dengan Mr. Mohammad Izzdham b Murad

Thursday, July 7, 2011

otak beku ?

menjadi pekerja semula memang ada kasi tunjuk banyak perbezaan.
dulu-dulu rajin gila nak update blog masa tengah siapkan final year project.
sehari kalau boleh dalam empat belas setengah kali nak update blog.

dan sekarang.baru je fasa buat pre - production.
daftar pun lagi dua hari.
tup tup dah datang balik perangai dia.update dua kali dalam sehari.

macam biasalah.dalam berbilion-bilion kali mulut ni kata dah bosan dengan facebook,itu je lah yang asyik je dibukanya selagi laptop tu dah turn on.

tengahari tadi saya jumpa perkara yang comel.
empat lima enam tujuh hari yang lepas sepupu kecil saya add di pesbuk.baru form 1 kot.ok lah.sepupu kan?approve je lah.
kemudian petang tadi,macam biasalah,most recent routine-baca semua status updates dekat home page sambil mengutuk dalam hati tang mana-mana yang ada sedikit poyo di mata saya tu.

kemudian,nampak beliau upload gambar masa kecil-kecil kiut miut dulu.lepas tu mak beliau comment 'comelnyeee anak ibu niiii'.haha comel kot bila mak dia comment dia comel kat wall dia.

tadi petang juga tengok satu competition kat tv.diorang nak cari comedian lah.reality tv.tapi bukan kat malaysia lah.
kalau nak compare dengan lawak competition kita,can i say we are left behind?
bukan tak ada yang best,cuma kita banyak bergantung kepada lawak slapstik,plastik,lucah,tersasul yada yada.
come on la.i know we are waaay better than that.

eh.rasa macam pernah cakap pasal benda ni dulu.

but one thing yang saya suka.dia orang juga melawakkan subjek-subjek sensitif seperti politik,perkauman dan..keagamaan.
ok.part keagamaan tu memang saya tak sokong jika ada orang try to make fun of it.tapi kat sini,berapa orang sangat lah berani nak make funny things out of political and racial issues.
paling-paling pun,kalau start dengan benda kelakar,it'll end up with quarrels dan mencarut bagai.

tapi,kan ada masa tu yang diorang organize kings & queen of asia tu kan?ada sesiapa yang pergi tengok tak?
berbaloi-baloi tak?

haihhh.dah lah.sambung repair character.tata

Wednesday, July 6, 2011

SESAT DI OPIS SENDIRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hampir setiap minggu, di wall facebook saya menyaksikan peng'update'an status rakan-rakan yang mendapat panggilan interview sana sini. Paling kerap adalah panggilan interview daripada suruhanjaya perkhidmatan awam.

Dan kadang-kadang, akan ada kawan-kawan saya yang sms/ call/ pm saya, bertanyakan samada saya ada apply dan menerima panggilan interview itu atau tidak.

Dan untuk makluman, setakat ini, dalam semua permohonan yang saya isi di spa, hanya satu sahaja yang tersangkut, iaitu ptd. Tidak pegawai zat makanan (oh, yang dimohon di terengganu itu tidak masuk dalam senarai. jika boleh, saya tidak lagi mahu bermastautin di terengganu), tidak pegawai teknologi makanan, tidak pegawai tadbir.

Ya, satu sahaja, yang mana setakat ini saya masih diizinkan untuk mencuba di peringkat kedua pada disember ini. Dan belum membuat sebarang persiapan lagi. Baca pasal 1 Malaysia pun belum. Sibuk sangat dengan Ahmadinejad dan pre-production adiwira .

Ya, saya akui, saya agak cemburu dan sedikit tertekan kerana ada orang, rezekinya melimpah ruah. Lepas satu, satu panggilan interview yang diterima. Tentulah banyak pengalaman menempuh sesi interview itu. Dan saya, selepas tamat belajar, saya hanya sempat melalui dua interview untuk mencari kerja, tidak termasuk interview-kelam-kabut ketika jobfair yang dijalankan dalam keadaan bising tersebut.
oke , nak dijadikan cerita.. lepas beli lunch semalam aku dengan gagah nye naik liff .. tapi tertekan button 4 ,bukak je liff aku dengan gelabah tgok pintu opis da tuka jadi pintu laluan kebakaran , time tu ade rase nak nanges jgk .. last2 aku tgok tgkt 4 ... haha.. aku g cari tangga then terus la masuk opis .. buat muka x malu..hmm... sib bek xde orang..

Tapi, itu semua kerja Tuhan, kan? Entah-entah, apa yang sudah disalurkan kepada saya lebih banyak daripada orang lain. Saya sahaja yang tidak nampak semua itu.
-----
Oh. Sudah mula pening-pening. Minggu ini menyaksikan saya kembali ke fasa sakit dan memakan ubat. Hujan-panas-hujan-panas juga membuatkan tekak saya berasa kurang selesa. Selera makan juga semakin berkurang.

Oooo..kemain pandai lagi kau cik bulan, nasihat orang lain supaya avoid ubat-ubatan kalau sakit. Try natural remedies la, makan buah dan sayur la. Minum banyak jus buah lah.

Minta maaf ye kawan-kawan. Tapi, kegatalan yang teramat ini banyak mengganggu aktiviti harian saya. Jadi, saya berterima kasih kepada encik tuan doktor kerana memberi saya ubat tahan gatal ni. Rasa berkuranganlah sikit. Takleh nak bayangkan memandu ke tempat kerja di pagi hari dengan keadaan jalan raya yang cacamerba itu dalam keadaan gatal seluruh badan. Seksa okay?
-----
Minggu ini juga menyaksikan semua orang bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman.

Saya tidak balik minggu ini, sekian.

Baru sahaja saya telefon rumah tadi, angah saya juga menasihatkan saya supaya jangan balik. Duduk diam-diam kat wangsamaju tu, katanya.

Jumaat kena g RTM, Sabtu cuti, Ahad cuti. Mood nak balik pun dah takde.

Cik bulan harus diservis. Baru seminggu, kilometer sudah menunjukkan angka 1117. Haruslah menunggu gaji baru akan saya servis. Dan kalau buat appoinment sekarang pun, pasti tiada tempat kosong. Ye lah, semua orang nak balik . Hohoho.
-----


OK lah.
Jaga diri. Jaga makan minum. Jangan main banjir.
Sekian, wassalam.